Tajuk : Bahlut
Penulis : Faisal Tehrani
Harga : 23.00
Terbitan : Al-Ameen Serve Holdings
Bintang : * * * * (4 bintang)
Jenis : Thriller, Bunuh3, Misteri2, Cinta2
M/S : 400 m/s
Terbitan : 2010
Sinopsis Kulit Buku :
Ulasan Saya :
Tergerak hati nak membaca Bahlut karya Faisal Tehrani ni, saya pun tak sedar entah bila saya start baca dan bila masa saya menyudahkannya. Rasanya sudah lama saya membelinya.. sudah 3 bulan. Tahniah Faisal Tehrani, kerana telah mendapat title Dr. dengan mendapat Doktor Falsafah dari UKM tahun lepas.
Saya sebenarnya sangat malas hendak membaca novel berat2 dan banyak sastera. Tapi baca aje lah Bahlut ni, sebab sejak kebelakangan ini, saya asik membaca buku ringan2 aje. Tapi Bahlut ni, takde la berat sangat sasteranya. ianya lain dari lain, sebab ianya mengisahkan satu sudut dimensi yang lain ~ iaitu kisah orang Asli suku Semai.
Mula-mula baca aje, dah kena hafal beberapa bahasa orang Asli Semai (Kuantan Pahang). Jenuh juga yea mula2 membaca buku ni, sebab makna beberapa perkataan orang Asli ada dibelakang buku. Jenuh juge selak2. Tapi bila lama2, rasa cam dah hafal saje.
(Atau pura2 faham saje?)
Bahlut (14 thn - Darjah 6) adalah nama seorang anak orang Asli yang hidup bersama ibunya dan meneruskan kehidupan dengan pergi bersekolah. Sejarahnya, nama Bahlut diambil dari sejarah seorang Pahlawan dari kalangan orang Asli Semai. Cerita mitos yang ala2 Sang Kelembai, Bahlut lah heronya menentang Yek (Sang Kelembai).
Makin lama membaca, makin hati saya tertarik2 dengan cerita Bahlut ini. Dari kisah cinta yang kecil, membawa cerita perjuangan Bahlut dalam membesar di kalangan orang bukan Asli, kemudian menjadi terkenal sebagai seorang jaguh sukan. Bahlut yang wataknya diset sebagai seorang pejuang yang tidak kenal erti putus asa, walau ditimpa banyak musibah sepanjang beliau membesar. Dengan bantuan seorang guru yang bertugas di perkampungan mereka - Cikgu Zaiful, Bahlut telah dibawa keluar dari kelompok kehidupan orang Asli setelah Cikgu Zaiful melihat Bahlut berada didalam tekanan setelah kehilangan kedua ibu bapa mereka secara misteri.
Cikgu Zaiful (yang bagi saya agak lembut) mengesan peringkat awal bakat Bahlut yang akhirnya berjaya sebagai seorang atlet kebangaan Malaysia. Balut diserahkan kepada abangnya di Kuala Lumpur untuk diasah bakat.
Cerita thrill dalam Novel ni tak banyak. Timbul dari konflik apabila mereka telah ragu-ragu akan kehilangan beberapa orang asli secara misteri. Konflik Hanya sekadar memenuhi tuntutan melengkapkan jalan cerita ini sahaja. Ianya lebih banyak tertumpu kepada konflik dalaman watak Bahlut. Tapi yang macam tak masuk akal ialah, kematian cikgu Zalman kerana mengelak dua orang Asli macam tak tally dengan pergolakan pembalakan haram yang berlaku di penempatan org Asli.
Tak ketinggalan juga beberapa unsur keislaman dalam buku ini diserapkan..maklumla, orang Asli kan lebih senonim dengan menukar agama mereka kepada Islam atau Kristian. Part yang kelakar bila orang Asli dilabel sebagai disogokkan oleh Tin Sardin, suda maw memeluk kristian. Itu kenyataan dimana2 pun, mubaligh Kristian mmg ske bawa barang2 makanan sebagai sogokan.
Selain dari mengetahui beberapa perkataan dari suku Semai, cara kehidupan mereka, saya juga dapat beberapa ilmu mengenai alam sukan. Thanks Faisal Tehrani ~ buku anda mmg maveles.
Jika anda maw baca cerita yang menyimpang sedikit dari kisah biasa2 percintaan, Bahlut adalah untuk anda membacanya.
1 comments:
dah baca...best gak novel nie... :)
Post a Comment