Friday, September 24, 2010

Indahnya Hidup Bersyariat


Salams pembaca blog saya. Kali ini nak ubah format blog he3. Lama nak memblog, asik bizi dengan blog peribadi sahaja.

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin kepada semua muslimin dan muslimat.

Semasa berhari raya di rumah saudara mara di Melaka, saya telah terjumpa satu buku ini di rumah salah seorang saudara saya. Agak menarik yea buku ini lalu, setelah pulang ke Kelang selepas bercuti selama 2 minggu di serata Semenanjung untuk beraya sakan, saya ke TESCO mencari buku ini. Alhamdulillah, ada.

Harga advertised di belakang buku ini ialah RM55. Tapi di TESCO jual RM48 je. Berbaloi sangat3 lah dengan harga RM48 tu dengan kulit tebal nya dan kertas penuh bewarna berkualiti isikandungannya. Tak rugi langsung. Harga yang sangat munasabah bagi saya berbanding dengan kualiti dan isi kandungannya sendiri.

Baiklah ~ buku ni sebenarnya buku yang sangat basic yang mungkin anda3 yang seusia saya dalam pertengahan 30an ini faham dengan cara2 kehidupan Islam. Seingat saya, apabila baca buku ini, saya akan teringat semula tentang pelajaran Pendidikan Islam di sekolah menengah. Saya bukan dari aliran agama. Jadi, buku ini, mengingatkan semula yang mungkin ada antara kita yang terlupa tentang 'basic' level yg sebenarnya sangat PENTING dlm kehidupan bersyariat.

INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT membawakan anda bagaimana memegang Islam bermula anda didalam perut sehingga anda menuju ke alam barzah (bak kata kulit buku inilah ~ Sepanjang Hayat).

Mengajar anda perkara basic yang perlu anda faham, benda yang wajib, sunat, haram, beza adat dan agama dan benda3 yang kadang3 menjadi tandatanya kepada kita, contohnya : Camna na baca niat mandi wajib ye? Bila nak baca yea? Sebelum mandi ke selepas mandi? Ha ~ cam tu lah. Dilengkapi dengan doa3 harian yang simple dan berguna, contohnya untuk mengubati penyakit darah tinggi, kencing manis..(ha! jgn ingat bergantung pada ubat3 aje tau, ayat Quran kan bleh ubati penyakit).

Buku ni sesuai lah sangat3 bagi pembaca dari pelbagai level, kecuali kepada kanak3 yang tableh berfikir la yea.. kekekke. Remaja ~ Remaja Purba ~ Remaja Yang da Expired ~ Nenet Tua ~ Atuk Gojes pun bleh baca. Em.. dan kalo yang belajar agama yang peringkat tinggi tu.. mebe tak sesuai la kot bagi mereka, sbb mereka da sungguh advance..entah la.. saye pun tabelajar skola agama tinggi3.

Bak kata Dato' IsmaiL Kamus, satu rumah, satu buku ini, jadi, fikir3kan lah untuk membeli buku ini sebagai rujukan hidup anda :) pasti takkan rugi, insyaallah.

0 comments: