Wednesday, May 12, 2010

Sonata Kasihku - Siti Hazneza Abdul Hamid

Tajuk : Sonata Kasihku
Penulis : Siti Hazneza Abdul Hamid
Harga : 17.90
Terbitan : Creative Enterprise
Bintang : * * * (3 bintang)
Jenis : Cinta, Pengetahuan Umum

Sinopsis Belakang Kulit Buku : Salju Kasihmu Merantai Hatiku
Aku ibarat kuda yang patah kakinya…berlari dalam kesakitan sambil ditemani rintih-rintih hujan…demi meraih sebuah kemenangan cintamu. Namun kemenangan itu nyata bukan milikku bilamana Allah yakinkan aku yang engkau bukanlah diciptakan untukku. Tapi…izinkan aku terus mendoakanmu Yun, mendoakan kebaikan untukmu di dunia dan akhirat. Karena dengan itu roh kita akan saling mengenali. Di sebalik sonata kasihku…aku cuba mencari kebahagiaan diri bersama Adam. Seorang suami yang sanggup ‘dimadu’ oleh isterinya. Bilamana aku gelisah ingatkan Yun, keutuhan mahligai kasihku bersama Adam mula goyah. Goyah dilanda badai tatkala cemburu merantai hati. Namun demi kasih yang mula berputik…akan kubajai sehingga ia mekar mewangi.

Komen saya?

Lamanya ambil masa untuk mengulas buku ini yea. Sebenarnya, saya sangat meminati Siti Hasneza Abdullah. Asal ada sahaja buku beliau dipasaran, pasti saya tak teragak-agak menyambarnya.

Namun buku beliau ini, saya agak malas-malas nak menghabiskannya, sebab warm-up nya yang agak slow dan kurang memberangsangkan. Kemudian, watak-watak didalam permulaan dan pertengahan cerita ini agak mengelirukan. Saya terkeliru dengan penggunaan bahasa gantidiri kepada Yun dan Amirul. Tetapi, pada akhir cerita ini baru tahu kenapa =)
M/S 135

"Akhirnya dia memilih untuk bahagia, Mak" Amirul menghulurkan kad undangan itu kepada Suwaibah.

"Macam mana Amir..?"
"Tak macam Bazli dia bagitau Yun, bertanya apa yang dia patut buat pada Yun" jawab Amirul cepat.
Bila da selesai baca buku ni, baru saya faham perbualan diatas.

Seperti biasa, Siti Hasneza banyak menyelitkan beberapa fakta menarik didalam buku beliau :
M/S 43

perkataan moth merujuk kepada serangga bewarna coklat atau kelabu ialah 'rama-rama'. Indonesia sudah lama menggunakan istilah 'kupu-kupu' yang betul namun anak-anak di Malaysia masih diajar bahawa butterfly itu rama-rama.

Jadi Indonesia tidak terkeliru konteks jika istilah 'kupu-kupu malam' digunakan pada wanita gelandangan yang menawarkan perkhidmatan pada waktu malam. Tetapi jika disesuaikan dengan istilah 'kupu-kupu' Malaysia tidakkah menimbulkan tanda tanya? Apa indahnya 'kupu-kupu malam? Warnanya sahaja sudah membosankan dan memang pun keluar malam.
Buku ini secara totalnya, mengisahkan Hawa, seorang perempuan yang terlalu menyintai cinta pertamanya (Yun) sehingga tidak boleh menerima cinta lain didalam hidupnya. Dalam konteks ini sehingga membawakan rasa benci saya dimana selepas berkahwin, suaminya (Adam) seakan-akan bermadu dengan cinta pertama Hawa. Apa sahaja pun ~ Yun, Yun .. Yun. Saya rasa mana-mana lelaki normal pun leh sakit mental dapat bini cam neh ouh. He3.

Akhibat kasih yang 'terpisah', Yun dan Hawa hanya berutus surat sahaja. Tiada kisah cinta yang terjalin, melainkan cinta Hawa kepada Yun - Satu Hala. Walau banyak lelaki dalam hidup Hawa, namun dia tetap tergila-gilakan Yun sehingga susah dia nak panggil suami dia dengan panggilan 'abang'. Entah apa ensem ke Yun tu, saye pun tatau lah nguahhaha. Seperti perbualan Hawa kepada Adam, suaminya :
M/S 141

"Siapa Yun?" tanya Adam akhirnya dan seperti diduganya Hawa berubah air muka. hawa memandangnya tepat.

"Siapa pun Yun, dia sejarah saya, dia sebahagian dari hidup saya, tak dapat dipisahkan kerana dia berperanan dalam membentuk siapa saya hari ini," jawab Hawa tenang.

"Hidup saya sekarang adalah masa depan saya. Awak syurga atau neraka saya" atur Hawa satu persatu.

"Jangan lawan sejarah saya, awak takkan menang," kata Hawa
Kandungan buku ini tak ketinggalan juga terselit adengan terlampau suami isteri, heh3
M/S 200

Dengan selawat, butang baju Hawa dibukanya dan tulang dada Hawa dikucupnya lama sehingga Hawa mengangkat muka dan mata mereka bertentangan.

Mereka saling puji memuji, saling memberi dan menerima. Walaupun gerakan Hawa sekali sekala kekok cuba menyesuaikan dengan gerakan Adam, namun itu bukti kegadisannya dan Adam yakin mereka berdua bergerak mengikut fitrah yang telah lama ditanam oleh Allah dalam diri hamba-hambaNya.

Sekali sekala perkataan Subhanallah terlantur keluar dari mulut Hawa. Kadang0kadang dengan keluhan yang lelah, kadang-kadang dengan ketawa kecil. Adam tidak tahu samada Subhanallah itu kerana beratnya Hawa menanggung debaran dan gelora dalam diri seperti yang dia rasakan atau besarnya nikmat yang tidak mampu dizahirkan dengan kata-kata.
Satu part yang saya secara peribadi merasa agak kurang sopan dibuat oleh pasangan Melayu Islam ialah menguis2 suami dengan kaki. Saya rasa part ini agak melampau, omputeh biasa la kuis3 laki ngan kaki , babe .. heh3.
M/S 254

Ketika makan Hawa semakin giat menguji kesabaran Adam. Tapak kakinya mengusik-usik kaki dan betis Adam ...
Secara keseluruhannya, cerita ni berkisar mengenai perasaan Hawa yang berperang dengan diri sendiri, bergelut dengan never ending love nya si Yun. Adakah Hawa akan berjumpa dengan Yun akhirnya? Baca lah sendiri..


0 comments: